Dari Halaman Firman Tuhan -16 Adakah sekarang kamu berada dalam kehidupan yang penuh dengan kegelisahan dan kebimbangan? Adakah kamu sedang terumbang- ambing dengan ombak kehidupan yang tidak menentu dan mencabar? Atau mungkinkah persoalan hidup seperti kekurangan wang menjadi isu utama dan mencetuskan persengketaan dalam keluaga? Atau mungkinkah anda berada di landasan perjalanan yang salah dengan isu hubungan suami istari yang renggang? Sudah menggunakan segala pengalaman dan kepakaran untuk melangganinya tetapi masih tidak berhasil? Hendak mencari damai sejahtera dengan berpandukan hasil usaha sendiri? Tuhan Yesus ada jawapannya! Jawapannya ada di dalam Firman-Nya yang hidup. Banyak orang telah mencubanya dan berhasil! “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.” Marilah kepada –Ku bukan marilah kepada wang, atau harta benda, kedudukan social ataupun pengalamanmu. Ataupun gereja! Tetapi datanglah kepada-Ku, kepada Yesus Kristus, sumber kehidupan dan titik pusat kemenangan. Dari situlah akan kelihatan terang disebalik kegelapan, dan disitulah akan tarpapar jawapan yang kita perlukan. Kerana Dia akan memberikan jawapan kepada setiap pengumulan kita! “Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu….”( Yohanes 14:27) Kedamaian sejahtera hanya terdapat pada Yesus, sumber kedamaian itu sendiri, kerana kata-kata yang diucapkan oleh- Nya mempunyai “roh dan hidup “(Yohanes 6:63). Jika pusat titik kita mengalih daripada Yesus, maka kita akan kehilangan segalanya termasuk kedamaian yang mana semuanya hanya terdapat dalam Yesus. Bila kita datang kepada Yesus secara bersungguh-sungguh, maka kekelisahan akan berakhir, kerana tidak ada kekelisahan dalam Yesus.Fokuslah kepada-Nya, kerana tanpa Dia, kegagalan menunggu kita, kesengsaraan akan tampak menyambut kita dan kita akan di hanyutkan oleh arus kehidupan yang seterusnya melemaskan kita. Bila terang itu memancarkan sinarnyadan Roh Yesus menempelak dosa, jadilah seorang terang. Akuilah dosa kita dan Tuhan Yesus akan menyelesaikannya tetpai jika kita masih cuba membela diri, maka kita sendiri mengagalkan rancangan Tuhan dalam diri kita. Harus di ingat kita telah dipindahkan dari kegelapan masuk ke dalam terang dan jika kita masih mengamalkan keburukan-keburukan tanpa cuba mengatasinya, kita mungkin akan menjejakan kaki di sebelah sana, iaitu tempat yang tidak kita tidak ingin pergi. Milikilah kebebasan, nikmatilah anugerah Tuhan Yesus yang telah di sediakan oleh –Nya. Jangan kita menoleh ke belakang dan melalui jalan yang luas itu yang berkesudahan di tempat maut. Ikutilah jejak Yesus dan amati-Nya , belajar daripada-Nya supaya kita tetap di pangkuan-Nya. Ketahui bahawa Tuhan Yesus tidak akan meninggalkan kita, Dia akan bersama-sama kita sampai ke hujung zaman. Segala kesulitan dan pengumulan yang kita lalui, pernah di lalui-Nya semasa Dia menjadi manusia dan dia tahu perasaan kita yang mungkin hendak menyerah. Percayalah, bila kita merasa sudah tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan, masih ada ruang untuk kita mengatasi masalah tersebut. Tuhan Yesus akan memberikan bantuan dan panduan serta tunjuk-ajar untuk mengharungi apa sahaja pengumulan kita. Asal kita masih beriman bahawa Dia boleh membantu, Ya ,segala janji-janji –Nya akan dipenuhi kerana Dia adalah Tuhan yang tidak akan mengingkari janji-janji-Nya. Justeru itu, kita harus terus- menerus berjuang berhabis-habisan . Kolose 2:6-7, “Oleh sebab kamu telah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan, hiduplah melangkah dalam Dia, berasa dan terbina dalam-Nya serta bertapak teguh dalam iman, sebagaimana kamu telah di ajar, penuh melimpah dengan kesyukuran.”….
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u