Dari Halaman Firman Tuhan -6 Sering sekali pemasalaan dan pengumulan yang kita hadapi akan membuahkan kesabaran dan juga kematangan ,seterusnya memberikan kita bekal untuk kita untuk melangani masalah yang lebih parah lagi. Itu, dengan syarat kita tabah dan melangkah ke depan bersama –sama dengan juruselamat kita. Tuhan Yesus telah mengalahkan pemerintah dunia ini, sekaligus mengatasi kematian dan bangkit dari kematian pada hari ketiga . Inilah pengarapan kita sebagai pengikut Yesus. Tidak ada yang lebih penting untuk pengikut-pengikut Yesus bahawa kematian dan kebangitan Yesus menjadi tunjang dan landasan kepercayaan kita. Selain daripada ini, penampilan yang berani oleh setiap pengikut-pengikut Yesus selepas di penuhi Roh Kudus dapat menunjukan kepada dunia bahawa perubahan watak dan sikap yang menonjolkan keberanian dan ketenangan serta kedamaian walaupun di ambang maut membuktikan Tuhan Yesus betul-betul hidup di dalam kita. Kewibawaan sorgawi yang terpapar di wajah, watak serta perangai pengikut-pengikut Yesus yang tidak dapat di tiru itulah yang membuat iblis terpaku dan bertempiaran lari bila authoritas Nama Yesus digunakan. Harus di ingat senjata-senjata rohani selain daripada Nama Yesus adalah darah Yesus, Firman-Nya , lagu pujian dan penyembahan , kesaksian-kesaksian, dan sudah tentu- Doa! Doa orang benar adalah sangat besar kuasanya. Saya sendiri telah mengolah langkah-langkah tersebut dan mendatangkan penerubusan yang cukup baik dan berkesan di dalam kehidupan saya. Persoalannya, mahukah kamu juga untuk menikmati keindahan kebersamaan dengan Yesus dalam melangani persoalanpersoalan dan isu-isu kehidupan seperti rintangan dan halangan yang mungkin meletihkan dan membuat kita seolah –olah tak terdaya untuk mengatasinya? Bola itu sekarang di kaki saudara dan saudari, kamu sahaja yang menentukan arah tujuan hidup anda samada terus di belengu iblis ( bagi mereka yang terlibat) dengan mengolah lankah-langkah tersebut yang dapat memerdekakan kamu dari segala pemasalahan seperti dadah, hubungan kekeluagaan yang retak, ataupun masalah kesihatan mahupun masalah wang. Jawapan sudah tertera di depan mata, beranikah kita menyahut seruan ini untuk mengubah hidup ini?
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u