Virus Corona yang melanda dunia pada ketika ini mungkin akan membimbangkan kalian. Kenapa tidak, soal makan-minum menjadi persoalan dan di tambah dengan pendapatan yang terjejas akibat lock down. Bagaimana kita melangani masalah ini?
Kita harus melanganinya dengan firman-Nya yang hidup kerana Firman-Nya menjanjikan penerubusan dan penyelesaian dari sudut pandang-Nya. Haruskah kita harus patuh pada perintah pemerintah untuk stay at home dan social distancing dan sebagainya. Apakah Mazmur 91 yang menjanjikan perlindungan Tuhan menjadi nyata bila banyak hamba Tuhan sendiri yang terkorban akibat virus Corona itu sendiri? Jika kita melihat setiap janji Tuhan ada syaratnya. Syaratnya ialah taat kepada Tuhan. Bagaimana kita taat kepada Tuhan? Kita taat kepada Tuhan apabila kita mentaati apa yang sudah di dirikan oleh Tuhan. Sebagai contoh, bila isteri taat kepada suami kerana suami adalah ketua dalam keluaga. Kita taat kepada Tuhan apabila kita taat kepada pemerintah yang telah di asaskan oleh Tuhan. Justru itu, apabila kita taat kepada pemerintah supaya stay at home, kita taat kepada Tuhan dan kita menghindari dari terkena virus corona. Kerana jika kita melawan atoritas yang telah di asaskan oleh Tuhan , kita sendiri yang akan kena akibatnya, Ada celah yang akan mendatangkan kutuk pada kita. Di dalam sepanjang sejarah manusia termasukalh ketika Noah taat kepada Tuhan maka Tuhan menyelamatkan dia dan keluaganya. 1 Petrus 3:20, “yaitu kepada roh-roh mereka yang dahulu pada waktu Nuh tidak taat kepada Allah, ketika Allah tetap menanti dengan sabar waktu Nuh sedang mempersiapkan bahteranya, di mana hanya sedikit, yaitu delapan orang, yang diselamatkan oleh air bah itu.” Di dalam ayat di bawah, kita di perintahkan supaya taat kepada tuannya. 1 Petrus 2:9, “Hamba-hamba hendaklah taat kepada tuannya dalam segala hal dan berkenan kepada mereka, jangan membantah,” Adakah Tuhan yang mencipta langit dan bumi tidak berupaya untuk menjaga kita? Makanya kita harus taat pada Semua perintah-Nya walaupun kadang-kadang kita mahu melanggar peraturan-Nya.. Ingat, Dia tidak pernah menginkari janji-Nya kepada kita. Ketaatanlah yang menjadi pemisah di antara pengikut Yesus yang Berjaya ataupun tidak dari sudut pandang mata-Nya. Tingkat rohani yang semakin tinggi akan menampakan ciri-ciri tersebut. Tidak lagi samada jika kita berkhutbah ataupun melayani di sesuatu gereja atau pun keluaga, ada berapa di dalam envelopnya. Kerana kita akan dicukupkan oleh Tuhan Yesus sendiri. Apa yang terpendam di hati kita menjadi ukuran Tuhan untuk terus memberkati kita kelak. Apakah motivasi kita melayani sesebuah gereja atau keluaga? Kerana uang envelop semata-mata atau kerana kasih kita yang sejati? Jika kita mempunyai hati yang iklas dan suci… Matius 5:8, “Berbahagialah orang yang suci hatinya , karena mereka akan melihat Tuhan”. Melihat Tuhan di sini, bereti kita mengalami berkat Tuhan, tontonan Tuhan, mujizat Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang mahu di berkati, di lindungi , Tuhan tahu apa yang harus di buat. Tidak perlu kita meminta dari orang lain tetapi meminta dari Tuhan sahajalah. Itulah sudah Kelayakan yang diperlukan iaitu motivasi kita melayani haruslah benar. Tidak salah kita mengarapkan uang envelop tetapi itu secara otomatis akan diberikan. Kita lakukan yang terbaik untuk Tuhan dan selanjutnya akan menjadi mudah… Maranatha! From The Desk of Joshua Tan
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u