Dari Halaman Firman Tuhan -9 Kalau di tanya, apakah ertinya menjadi pengikut Yesus? Apakah jawapan kita? Kalau kita di tanya, apakah arah tujuan sebagai umat Kristian atau murid Yesus? Hanya dalam satu ayat, jika saya di tanya, saya akan berkata bahawa arah tujuan sebagai murid Yesus adalah “ sejauh manakah kita mengenapi Firman Tuhan dalam kehidupan kita”. Di dalam Alkitab banyak tuntutan dari Tuhan Yesus untuk kita mengikuti Dia dan saya ingin mamaparkan 3 daripadanya yang saya rasa menjadi perbedaan yang ketara dengan agama yang lain. Apa pun, mengikut Yesus bukanlah mengenai agama tetapi hubungan yang intim dengan pencipta kita, Tuhan Yesus. Yesus tidak pernah menubuhkan agama Kristian tetapi berkisar tentang kehidupan kekal di sorga. Pertama, kita di perintahkan untuk mengampuni musuh kita. Matius 5: 44, “Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. “Tuhan Yesus adalah kasih, bukan tuhan yang mempunyai kasih atau tuhan yang maha penyayang dan mengampuni. Pengampunan merupakan perbuatan yang paling berharga dari yang lain kerana ia membuka jendela berkat Tuhan yang selama ini mungkin terhambat kerana kita tidak mengampuni. Mengampuni musuh kita memang bukan mudah tetapi tidak mustahil kalau kita mengandakan Yesus. Kedua, di Matius 16: 24, “ Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “ Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.” Bila kita menyangkal diri dan memikul salib, kita bukan mengunakan kekuatan kita, tetapi kekuatan Tuhan yang benih Ilahinya sudah ternanam dalam kita dan oleh itu kita sebenarnya sedang mengandakan kekuatan sorgawi. Ketiga, kita di perintahkan untuk memberi kearana memberi lebih di berkati daripada di beri. Di 2 Korintus 9:6, “ Camkanlah ini: Orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit juga, dan orang yang menabur banyak, akan menuai banyak juga.” Kita diberkati untuk kita memberkati. Dan ini bukan hanya uang, tetapi masa , usaha dan juga apa-apa sahaja yang kita bagi akan kembali kepada kita secara langsung ataupun tidak langsung. Ini adalah perbedaan ketara di antara Kekristianan dengan agama yang lain. Harus di ingat bahawa 99% kebenaran dan 1 % kepalsuan , itu adalah desepsi! Jadi, harus kita ingat Kebenaran akan memerdekakan kita! Maranatha!
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u