Sukses dari sudut pandang Tuhan-9 Kejayaan kita akan berhasil jika kita mengabdikan diri kita kepada Yesus. Tiada yang mustahil bagi kita yang dalam tontonan Tuhan. Kita di berikan pilihan samada menurut kepada Dia atau menurut citarasa sendiri. Tuhan tidak pernah memaksa kehendak-Nya terhadap kita. Dia adalah Tuhan yang Maha- tahu, justru itu, kita tidak boleh lari daripada diketahui –Nya. Dia tahu diri kita lebih dari diri kita sendiri. Kadang-kadang kita tersasar hasil kerana daripada pengaruh dunia. Dunia harus mengikuti kita; bukan kita mengikuti dunia. Kita yang harus menjadi iktibar kepada dunia yang memerlukan pelita yang boleh memimpin langkah mereka . Kerja keras, tetapi harus sedar bahawa Dialah yang akan menentukan kejayaan kita. Kita melakukan bahagian kita, Dia akan melakukan bahagian Dia. Ada banyak ketika di mana kita mengandakan kekuatan kita, terutamanya apabila keadaan mulai menjadi keruh. Seharusnya , di waktu-waktu inilah kita jangan melihat keadaan, tetapi melihat kepada titik focus iaitu kejayaan Yesus mengalahkan dunia. Di atas kayu salib itulah yang mempamirkan kemenangan mutlak kejayaan Yesus Kristus mengalahkan maut! Disitulah sejarah tercipta di mana kebaikan mengalahkan kejahatan, disitulah terang mengalahkan kegelapan dan disitulah dosa manusia ditebus oleh darah Yesus yang mengizinkan kita mengecapi kejayaan bersama-sama Dia. Kejayaan yang sungguh luar biasa, Kesuksesan yang mutlak. Keungulan terpelihara dan Keindahan kemenangan yang tidak terkata ini membolehkan kita mengambil tempat kita kembali , tempat yang tersedia bagi kita kalau kita membolehkan cahaya itu menerpa masuk menerangi ruang gelap yang mungkin masih berbaki. Marilah kita menyelami kerja yang dilakukan –Nya untuk kita. Perkerjaan itu sekarang di sambung oleh Roh Kudus yang memberikan kita pengaharapan, kasih dan iman yang tidak berbelah bagi. Jangan kita menoleh ke kiri atau ke kanan lagi tetapi menjalinkan persahabatan yang terjalin ini supaya bersama-sama Dia kita melakar sejarah yang sedang terbentuk ini ! Kejayaan ini adalah kejayaan mutlak, kejayaan yang membebaskan diri kita daripada belengu dosa, memberikan kita wibawa sorgawi dan yang mengariskan persahabatan murni dengan Juruselamat kita. Itulah waktu yang paling berharga, di mana kita mengenengahkan hasrat kita , melafazkan keingingan kita dan mengucapkan rasa terimakasih kita yang tidak terhingga kepada Tuhan pengcipta langit dan bumi. Seturut pemintaan kita itu, pasti akan dikaburkan jika ianya adalah keinginan Dia juga. Marilah kita menghadapi persoalan kehidupan dengan penuh ketegunan dan semangat jitu. Mengalahkan semua penghulu –penghulu dunia, pemerintah-pemerintah dunia , melawan roh-roh jahat dengan perlengkapan senjata Tuhan yang memberikan kemenangan dan keberhasilan dalam apa sahaja yang sedang kita kerjakan. Dengan berpandukan kepada pedang Roh, iaitu Firman Tuhan , dalam segala doa dan pemohonan, biarlah penerubusan terjadi dalam segala sudut yang sedang kita tempui. Berjuanglah berhabis-habisan dengan tidak sedikit pun gementar oleh serangan iblis yang bertubi-tubi, yang ingin menjatuhkan kita dan memusnahkan impian kita. Berpegang teguh dalam pemeliharan-Nya yang tidak akan berakhir dan menjadikan Dia sebagai Raja dalam kehidupan kita supaya dalam Nama Yesus segala kerumitan, kesusahan dan kepayahan menjadi mudah, sukses dan berkemenangan. Semoga kasih karunia menyertai kita, yang mengasihi Tuhan Yesus Kristus dengan ketulusan dan semangat yang jitu serta mampan. Dengan demikian, saya berseru kepada semua supaya menjadikan Dia sebagai “Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan.” Maranatha! lick here to edit.
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u