Sukses dari sudut pandang Tuhan-6 Pada hari ini, tokoh yang menjadi perhatian ialah Eric Liddell. Mungkin ada yang belum mendengar namanya. Memang dia bukan tokoh perniagaan tetapi Tokoh Olympic. Di gelar dengan jolokan , “ A Champion for all time” , dia adalah tak lain tak bukan jagoh pelari dari Scotland pada tahun sekitar 1924 an. Sebuah tayangan di panggung wayang dengan kemenangan empat Academy Awards dalam tahun 1981 yang berjudul , “ Chariots of Fire” ini mengesahkan bagaimana pelari ini , Eric Liddell yang tidak mahu berlumba pada hari Ahad! Jadualnya yang jatuh pada hari Ahad langsung tidak menjejaskan pendiriannya bahawa itu adalah hari untuk Tuhan walaupun di jangka dia akan memenangi perlumbaan itu iaitu 100 meter. Dia memang de kenali sebagai seorang yang mesra dan mudah bergaul daripada cara dia berinteraksi dengan pelumba yang lain. Dia merupakan pelari yang di jangka akan menyapu bersih gelaran juara selepas memenangi 100 dan 220 di Stoke, Eric mempunyai peluang untuk bergelar juara pada acara 440 akhir bila dia terjatuh apabila di langgar oleh pelari Gillis, pelari England. Terperanjat dengan peristiwa itu, dia ingat dia sudah di diskualifikasi tetapi pengadil suruh dia meneruskan perlumbaan dia. Pelatih dia, Tommy McKerchar memandang dengan tidak percaya keadaan yang menimpa pelarinya. Tanpa di duga sama sekali, dia melihat kecekalan, kesabaran dan kejituan yang ada pada Eric yang meneruskan lariannya dengan laju dan berjaya memotong banyak pelari yang lain sehingga pada pusingan terakhir, dia di tempat ke empat. Dengan tenaga yang terakhir, Eric memecut sehingga Berjaya mengalahkan Gillis pada saat-saat terakhir dan akhirnya berjaya menjadi juara . Penonton-penonton masih terjegat dengan kejayaan luarbiasa Eric Liddell ini. Itu adalah larian yang paling mustahil untuk di menangi kerana Eric terjatuh dan ketingalan begitu jauh. Apakah pelajaran yang dapat di pelajari dari Eric Liddell ini? Pertama, kita lihat Eric lebih mementingkan Tuhan daripada Kariernya di padang. Bila kita ada pergelutan dalam batin kita; kita di beri untuk memilih Tuhan atau kerjaya kita; apakah kita masih memilih Tuhan? Bila kita di persimpangan dilemma diantara memilih di antara keluaga dan Tuhan, wang atau Tuhan, bagaimanakah pendirian kita? Jika kamu adalah hakim, di antara hukum dan pembelaan, kalau itu adalah keluaga, pihak manakah kita akan memilih? Kalau kamu adalah dosen, apakah kamu akan menyebelahi Universitas atau penuntut itu? Semasa di persimpangan dilemma inilah, kita akan membuat keputusan daripada pengalaman, persepsi mahupun pendirian kita. Kedua, apa yang boleh di ambil aktibar ialah bagaimana kecekalan, kesabaran dan semangat yang jitu yang boleh kita tanamkan di sanubari kita. Bila kita ada wang, kejayaan dan sukses dalam kehidupan, tentulah kita berasa bersyukur kepada Tuhan. Persoalannya ialah bila kita sedang di ambang kekecewaan, ambang kekalahan, di dalam gengaman hutang, mungkin kehilangan nafkah pencarian , masihkah kita mampu menyebut , “Halluyah”? Itulah yang di alami oleh Eric Liddeell ketika dia jatuh tersungkur, tetapi dia berjaya mengatasi kegagalan sementara itu dengan bangkit semula! Benar, intinya bukan berapa kali kita jatuh tetapi berapa kali kita bangkit semula! Itulah pengajaran yang harus kita pelajari. Selepas ribut taufan, ada pelangi yang timbul selepas itu, semakin gelap malamnya, semakin cerah bintang-bintang yang berkelipan! Harus di ingat, Tuhan Yesus berjanji menyertai kita sehingga hujung zaman! Justru itu, bangkitlah kalian yang masih tengelam di arus ombak yang besar dalam hidup kita, jangan pernah patah semangat, tetap berjuanglah sehingga titisan darah yang terakhir! Maranatha!
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u