Sukses dari sudut pandang Tuhan -10 Tokoh yang akan di ketengahkan hari ini adalah tidak asing lagi bagi setengah-tengah kita. Tokoh yang di maksudkan ialah George Foreman. George Foreman di kenali banyak karena menceburi bidang sukan iaitu tinju . Memang setiap individu mempunyai kelemahannya masing-masing. Tetapi saya menampilkan kebaikan yang dimilikinya . Mari kita melihat dari sisi itu. Kejayaan dia bukan sahaja di gelanggang tinju tetapi beliau adalah juga pendeta dan pengusaha yang berjaya. Catatan pertandingan yang di sertai oleh Goerge Foreman merupakan salah satu yang terbaik dalam sejarah tinju iaitu menang sebanyak 76 kali dari 81 kali bertinju. Dan hanya kalah 5 kali. Sehingga dia mempunyai julukan Big George The Heywood Giant. Dalam salah satu kekalahan kepada Jimmy Young, George Foreman merenung di kamar gantinya dan di situlah dia menjadi pendeta selepas mengambil keputusan untuk melayani Tuhan Yesus. Dia menjadi pendeta di Houston, Texas dan bukan itu sahaja, dia juga merupakan pengusaha yang berjaya iaitu menerusi George Foreman’s Butcher shop. Dia juga mempunyai beberapa bisnes yang lain(www.georgeforeman.com/patners) Apa yang dapat di belajari dari kehidupan George Foreman ialah bila pintu tertutup, pintu lain akan di buka bagi kita. Bila saat seolah-olah kita menemukan jalan buntu, di situlah kuasa Tuhan berkerja. Karena saat tiada jalan, Tuhan membuka jalan. Tuhan adalah pakar mujizat yang dapat mengubah kehidupan anda! Saat bila seolah-olah semuanya menjadi terlambat, hutang menjadi semakin kian bertambah dan bisnis tidak menjadi, berdoalah supaya kita di pimpin oleh Tuhan Yesus samada harus bertahan atau menukar haluan dalam mata pencarian kita. Mungkin kita tertiarap di persimpangan jalan, tetapi yakinlah Tuhan tidak akan membiarkan kita tersungkur dan pasti Tuhan akan menolong. Tuhan maha tahu, dan Dia tidak akan membiarkan anak-Nya begitu rupa. Yakinlah kepada kekuasaan-Nya, kan Dia pencipta bumi dan langit? Berdoalah supaya penerobusan cepat terjadi; oleh karena iman kamu yang kuat, pasti mujizat akan terjadi! Jika kamu mempunyai masalah kesihatan, yakinlah Tuhan sedang menguruskan kesihatan kalian walaupun kelihatan muram dan tidak bertenaga. Merenung kembali kekalahan George Foreman kepada Jimmy Young pada tahun 1977, selepas 10 tahun lamanya , George Foreman kembali beraksi pada tahun 1987 dan pada tahun 1994 mengalahkan Michael Moorer versi WBA dan IBF sehingga George Foreman menjadi peninju tertua sepanjang sejarah tinju pada umur 45 tahun! Tidak ada yang mustahil, umur tidak menjadi persoalan untuk mengecapi kejayaan! Bukan paras rupa, bukan pendidikan tinggi tetapi mempunyai keyakinan dari Tuhan Yesus yang menjadi penentunya! Jika kita terus bertahan dan mempunyai semangat berkobar-kobar untuk maju ke depan, nescaya kita akan sampai ke puncak kejayaan, kita akan berjaya melakar sejarah tersendiri dan berupaya untuk mengalahkan “Goliat” kita. Bukan sebanyak mana pengetahuan kita yang menentukan kejayaan kita, tetapi siapa yang kita kenal yang akan membawa kita ke persada dunia iaitu tak lain tak bukan Yesus Kristus, Juruselamat dan penentu kejayaan kita. Harus di ingat, Dialah yang akan menentukan hala tujuan kita sebaik yang mungkin kerana Dia mengetahui diri kita lebih dari diri kita sendiri! Jangan putus asa, majulah ke depan walaupun perjalanan masih jauh dan perjuangan ini yang masih belum selesai, nescaya Dia akan menjadi pemangkin kebangkitan kita. Maranatha… lick here to edit.
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u