Sukses dari sudut pandang Tuhan -5 Pada kali ini, saya ingin ketengahkan prinsip-prinsip universal yang menjadi pemangkin dan landasan untuk mengecapi kejayaan. Secara umumnya, kejayaan sesorang dalam apa-apa sahaja bidang yang diceburi harus mempunyai antusiasme, kesabaran, kecekalan, perihatinan, berkerja keras dan juga berkerja secara pintar. Napoleon Hill, penulis buku , “ The Law of Success” pernah mengaji dan membuat analisa terhadap faktor-faktor kejayaan seseorang dan didapatinya bahawa “ Definite Chief Aim” ataupun “Sasaran UnggulUtama” harus ada di sanubari setiap orang yang berjaya. Setiap orang yang berjaya berbekalkan iman yang kuat dan antusiasme yang tinggi . Selain daripada itu stamina perlu wujud di setiap orang yang ingin Berjaya. Harus di ingat, sukses yang saya maksudkan bukan hanya wang sahaja, tetapi delapan lapangan yang saya kemukakan dalam buku saya, “Goal Setting For Success”. Delapan lapangan yang saya maksudkan ialah secara rohani, mental, pendidikan, kesehatan, karier, social, fisik dan keluaga. Kepada mereka yang ingin dapatkan buku ini , boleh layari www.GandumMas.com untuk memesan daripada mereka. Itu adalah dalam Bahasa Indonesia. Berbalik kepada perkara yang sedang di bahas, harus di ingat, kejayaan tidak akan datang bergolek dan memerlukan kecerdasan, penguasaan diri serta antusiasme yang tinggi untuk menentukan kejayaan yang berterusan. Roma bukan di bina pada satu hari sahaja. Destinasi adalah penting, yang sama pentingnya ialah perjalanan itu sendiri. Banyak orang mahu kejayaan tetapi tidak sanggup membayar harganya. Tetapi harus di ingat harga kegagalan adalah lebih mahal dari harga kejayaan! Justeru itu baik pilih kejayaan! Harus juga di tegaskan bahawa kejayaan tiba bila kita hampir gagal! Tetapi bukan berapa kali kita jatuh tersungkur tetapi berapa kali kita bangkit selepas kita jatuh! Itulah yang di namakan elastis atau orang yang tahan banting. Pengumulan yang kita hadapi semasa di “medan perang” adalah bertujuan memperkuatkan kita bukan sebaliknya. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan daya tahan dan kemampuan kita semasa di uji oleh api yang marak. Semakin kuatnya api, semakin tulenlah emas ia. Emas yang tulen tidak pernah takut kepada api yang marak. Malah itulah yang membuat mereka bersinar di pentas dunia. Walaubagaimanapun , harus di ingat tanpa Tuhan, kita tidak akan Berjaya dari sudut pandangnya. Kejayaan yang muklat adalah daripadanya. Kita harus mengandakan Tuhan dan bukan kekuatan mahupun pengetahuan kita sendiri. Semakin kita mengandakan Tuhan, semakin berhasillah pembentukan karakter kita yang ingin di lihat Tuhan. Pembentukan itu hanya berlaku bila kita fokus kepada –Nya, dan bukan pengaruh, ijazah, pengetahuan, kedudukan sosial mahupun kekayaan kita. Bila kita mempunyai penglihatan tersebut, maka sejajar dengan janji-Nya , kita akan Berjaya. Oleh itu, marilah kita meminta ilham, hikmat dan bijaksana dari atas yang mampu untuk membantu kita mengalahkan serta mengatasi segala permasalahan yang mungkin berbangkit. Ingat, pengharapan, kasih dan iman merupakan tingkat-tingkat rohani yang bisa membawa dan memberikan kita kemenangan dalam apa sahaja bidang yang diceburi dan akan memberikan kita ketahanan sorgawi dan mampu bertahan malah maju setapak lagi ke depan dengan strategi-strategi sorgawi yang di lakar dengan penuh terperinci sehingga kejayaan sudah di ambang mata. Untuk memetik daripada buku , “Goal Setting For Success”, kita perlu memusatkan pada “ paradigm yang di ilhamkan Tuhan” dan tidak berkutat pada “ paradigm yang di inspirasikan manusia”.
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u