Sukses dari sudut pandang Tuhan-4 Pada artikel pada kali ini, saya hendak terapkan prinsip-prinsip yang di pegang oleh salah seorang investor yang terkaya di dunia, iaitu Warren Buffet. Harus di ingati, saya bukan memperhalakan wang, tetapi hendak mengenengahkan prinsip-prinsip yang tidak mengenal bangsa, kepercayaan mahupun agama. Walaupun asalnya dari halaman Firman Tuhan Yesus, tetapi secara amnya sesiapa yang memakai-guna prinsip yang di gariskan akan berjaya, bukan hanya dari segi kewangan malah daripada delapan lapangan kehidupan kita. Warren Buffet di lahirkan pada tahun 1930 di Nebraska, Amerika Syarikat. Walaupun dia berasal daripda keluaga yang berada, keinginan dia mahu menjadi kaya membuat dia membeli saham pada umur 11 tahun dengan harga $36 setiap saham dan apabila dijual olehnya , memberi keuntungan sebanyak $5. Kesabarannya ialah satu daripada asset beliau yang menjadikannya berjaya kerana saham tersebut meningkat ke tahap $200. Bila mencecah umur 14 tahun, dia sudah membeli 40 hektar tanah dan pada umur remaja itu sudah menerima sewa daripada penyewa –penyewanya. Justeru, kerana kegagalannya untuk memasuki Universitas Harward, beliau mengambil keputusan secara alternative iaitu memasuki Columbia Universitas di New York di mana dia berkenalan dengan “Guru” nya iaitu Benjamin Graham, penulis buku “ The Intelligent Investor”. Daripada dialah Warren Buffet mempelajari untuk membeli “ saham undervalued “ yang masih di praktikan oleh nya sehingga pada hari ini. Salah satu cara yang lain, ialah “contrarian principle” atau prinsip bercanggah yang membuat dia terus maju dalam investasinya. Kejayaan Warren Buffet ini membuktikan prinsip-prinsip seperti kerja kuat dan kerja cerdik, berdedikasi, kegigihan, dan yang terpenting, kerendahan hatilah yang membuat kita memaju kedepan dalam kesuksesan dalam kehidupan kita. Bila kita mengamati Warren Buffet ini, jelas menunjukan kerendahan hati dari segi cara dia berpakaian dan rumah yang diberinya dengan harga $ 31,000 yang masih dia tinggal di situ! Kotnya yang kusut dan pengamalan makanan yang mudah dengan memilih makanan seperti Mac Donald membuat kita merenungkan betapa mudah sebenarnya hidup ini. Manusia sendiri yang merumitkan kehidupan ini. Salah satu lagi ciri yang membanggakan ialah kesungguhan dia memberi ! Dia adalah orang yang telah memberikan $30.7 Billion untuk kerja amal. “ Net worth” dia ialah $84.5 billion(2018)! Harus di ingat perjalanan hidup seseorang harus FOKUS ; dan FOKUS kepada Jesus, bukan sebarang benda yang lain. Bukan FOKUS kepada perkerjaan, kekayaan, pengalaman, pengaruh dan lain-lain, kerana harus FOKUS kepada Yesus Kristus, juruselamat kita dan Tuhan Kita selama-lamanya… Dia ialah Nadi Kehidupan kita, Dia ialah pembakar semangat kita dan Dialah yang memampukan segalanya di hidup kita. Dia jugalah Pengaharapan kita, Rakan Kongsi kita dan juga Kawan yang sejati. Jangan kita melupakan Dia, yang berjanji tidak melupakan dan meninggalkan kita sampai hujung zaman. Begitu mulianya pengorbanan Dia di atas kayu salib, mati untuk kita; dosa-dosa yang telah kita lakukan, Dia mengampuni segala dosa-dosa kita dan memangil kita sebagai kawan-Nya. Persoalannya mahukah kita mengakui Dia adalah segalanya; termasuk wang dan bisnes kita. Dialah yang boss sebenarnya, bukan kita. Kalau kita bersedia untuk “ Let go and let God” , Dia akan beracara di kehidupan kita, segenap pelusuk jiwa kita termasuklah bisnes kita. Dia akan memberikan hikmat, kebijaksanaan dan membolehkan kita beraksi dengan cemerlang yang melampaui akal fikiran kita. Sebagai penutupnya, harus di ingat , lebih baik kita mengabdi kepada Tuhan Yesus untuk kemuliannya dan Dia akan memberikan kita berkat-berkat yang setimbalnya. Hanya dengan penyerahan diri kita dan situasi kita secara total dapat kita mengenal Dia secara lebihmendalam dan mengenal suara bisikan-Nya. Kalau Warren Buffet Berjaya melakukannya, kita boleh juga melakukannya tetapi persoalan yang lebih penting ialah adakah itu kehandak Tuhan Yesus bagi kita?
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u