Sukses dari sudut pandang Tuhan -8 Sukses duniawi adalah berbeza dengan sukses sorgawi. Kalau di lihat pengukuranya sukses duniawi adalah berasaskan uang. Jika itu di jadikan satu-satunya bahan pengukur, maka kita sebenarnya sudah gagal dari sudut pandang Tuhan! Kerana jika kita bersandar kepada uang, kita tidak mengandakan Tuhan lagi, dan inilah yang di ingini oleh Iblis, supaya kita menjadi hamba uang! “ Satu Dollar lagi ….. “ Kerana nak dapatkan lebih banyak uang, kita menjadi pemburu uang, sehingga kita kadang-kadang terlanjur perbuatan kita. Seharusnya kita harus tahu, untuk mendapatkan benda-benda di dalam dunia ini tidak semestinya semua datang dari uang. Rick Warren pernah berkata, tunjukkan saya bagaimana seseorang menggunakan uang dan masanya, saya akan bagi tahu apakah yang penting dalam kehidupannya. Bagi orang yang mementingkan uang dan masa sahaja, segala motivasi mereka melakukan sesuatu adalah berpandukan kepada uang dan masa sahaja. Tetapi kasih tidak bisa di beri, kehormatan tidak bisa di beri, seperti bak kata pepatah melayu , “Pemimpin bukan ditakuti tetapi disegani”. Apa yang kita lakukan, ada pengiraan sorgawi, walaupun secangkir air yang diberikan kepada pengikut Tuhan Yesus. Itulah yang kepimpinan yang sering di tonjolkan oleh Yesus Kristus. Iaitu apabila kita berbuat sesuatu hanya untuk memberkati, tidak bermaksud apa-apa atau mempunyai agenda tersendiri. Kita di berkati untuk memberkati. Dan apabila kita memberi, masa, uang mahupun apa sahaja, jangan kita harapkan balasan. Kerana Tuhan Yesuslah yang akan membalas budi kita. Kalau tidak, kita mungkin berasa kecewa . Tuhan Yesus sendiri telah memulihkan 10 orang yang berpenyakit kusta, tetapi hanya seorang yang mengucapkan terimakasih. Jika itulah Tuhan Yesus, siapa lagi kita untuk menuntut? Di mana sahaja kita, gunakan kesempatan ini untuk berbuat baik seperti yang di sarankan oleh Yesus Kristus tanpa melihat umur, bangsa, keturunan, tingkat sosial dan lain-lain. Dan jika kita adalah peimpin koporat atau empunya perusahaan, gunakan itu untuk menjangkau jiwa –jiwa untuk Yesus. Harus menitikberatkan pengajaran yang telah di sampaikan kepada kita , sebagai pemimpin yang bertauliah dan yang telah menerima mandat daripada sorga; dan berbekalkan wibawa sorgawi, kitalah yang sedang di beri amanah oleh Tuhan Yesus sebagai jambatan yang menyambungkan titik pertemuan ini supaya kerjaya kita menjadi berkat kepada mereka yang berkenaan. Dalam era ini, kedatangan Tuhan Yesus yang kedua semakin mendekat, justeru itu, kita sentiasa “ke bukit sama didaki , ke lurah sama turuni”. Sudah tiba masanya, kita menggembleng tenaga untuk menghasilkan sinergi yang diperlukan untuk menghasilkan penerobosan yang pernah kita alami selama ini. Ayuh, mari kita berganding tangan selagi masih ada masa yang berbaki untuk mengerjakan urusan yang belum selesai ini. Keadaan akan menjadi bertambah keruh lagi kedepan. Di mana sahaja kita berada, kita gunakan apa yang adanya untuk menuju ke garisan penamat semakin pemenangnya! Sudah tidak ada masanya untuk berdebat, masa sudah tidak mengizinkan kita tanggung lagi. 1 minit ke jam 12 malam. Kedatangan untuk menjemput jemaahnya naik bersama –Nya semakin mendekat. Doakanlah masa-masa ini supaya kita akan terangkat bersama-sama umat pilihan Yesus, pada masa yang sama, doakan dan berjuanglah untuk memenangkan jiwa-jiwa yang masih memerlukan keselamatan kekal ini kepada mereka yang masih dahagakan kebenaran ini. Saya doakan ini dalam Nama Yesus, Amen.
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u