Sukses dari sudut pandang Tuhan -12 Kejayaan mumpunyai makna tersendiri bagi setiap orang. Untuk setengah-setengah orang , sukses itu bermakna berjaya dari segi kerjaya. Ada pula yang berpendapat sukses itu ialah bila kita berjaya mencapai impian kita memiliki harta kekayaan. Dari sisi yang lain, ada pula yang beryakinan bahawa sukses adalah bila berjaya mengemudi hidup ini untuk ke tingkat tertinggi( self actualization). Bagaimana pula anda? Dan yang terpenting, apakah sukses dari sudut pandang Tuhan? Hari ini, kita akan bersama-sama mengupas apakah itu sukses yang dari sudut pandang Tuhan dan jawapannya mungkin akan menghairankan kamu. Dari hari pertama, siri ini bermula, kita lihat banyak tokoh telah di ketengahkan dan banyak prinsip-prinsip kejayaan seperti kerajinan, keadilan, ketulusan, kesabaran dan banyak lagi unsur-unsur kejayaan seseorang telah kita sama-sama hayati. Tetapi kalau ada satu perkataan yang dapat digunakan untuk menghuraikan sukses dari sudut pandang Tuhan ialah ketaatan kepada-Nya. Ketaatan kepada-Nya bermaksud kita menyerahkan kehidupan ini kepada-Nya. Di Galatia 2:20, “namun aku hidup , tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup dalam iman dalam anak Tuhan yang telah mengasihi aku dan menyerahkan diri-Nya untuk aku.” Itu bererti kita akan sama-sama membentuk arah-tujuan bersandarkan kepada Dia. Dialah yang akan membentuk peribadi kita dan Dialah yang akan menentukan kesuksesan kita dari sudut pandang-Nya. Oleh itu, bukan lagi kita sendiri sahaja yang mengendalikan perjalanan kehidupan tetapi bersama-sama Dia kita akan mengukir dan membentuk kesuksesan mutlak. Percayalah, bila cita-cita kita sudah digantikan dengan cita-cita Ilahi, kita akan masuk kehadirat-Nya dengan penuh keyakinan kerana kita sudah menemui titik-pertukaran kita., iaitu di atas salib Dia. Kita menjadi merdeka kerana kematian-Nya telah membolehkan dosa-dosa kita di ampuni. Lantaran itu, berkat-berkat yang telah disediakan unutk kita sampai kepada kita dan di Matius 16:18, “Dan Aku pun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya.” Dia lebih mempentingkan pembentukan karakter kita dari kesuksesan material. Yesus, juruselamat kita akan membentuk acuan kita dengan memberikan kita peluang untuk melayani Dia seturut kemahuan Dia. Kita akan melihat keajaiban Tangan-Nya yang akan memberikan petunjuk yang memberikan penerubusan dalam kehidupan kita yang akan menyakinkan kita tentang penyertaaan-Nya. Kejayaan akan di kecapi kerana Tuhan pencipta langit dan bumi berserta kita. Titik pusat yang kita titik-beratkan membolehkan kita menikmati penukaran ini daripada kemiskinan kepada kehidupan berkelimpahan dan dari kesakitan kepada Kesihatan. Ini akan membolehkan kita mengandakan Dia tanpa menghiraukan “bunyi bising” yang menampilkan diri dari segenap penjuru. Satu kehidupan yang sepenuhnya di abdikan kepada Tuhan untuk kemulia-Nya adalah merupakan ukuran yang tepat dan menandakan kedewasaan rohani kita. Ini harus kita hayati bersama dan dengan pengalaman peribadi bersama Sang Pencipta ini kita boleh sampai ke penghujung garis tamat seperti Paulus yang berkata di 2 Timotius 4:7, “Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik , aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman.” Ya, semoga kita juga mengakhiri pertandingan dengan baik, tidak tersasar dan terpesong daripada mahkota kebenaran yang akan dikaruniakan oleh Tuhan kepada mereka yang berjaya menamatkan pertandingan dengan baik!
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u