Sukses dari Sudut Pandang Tuhan -7 Hari ini, tokoh yang hendak di tonjolkan adalah yang tidak asing terutamanya di Indonesia iaitu Johnny Darmawan yang sinonim atau identik dengan Toyota(PT Toyota Astra Motor(TAM)). Johnny yang lahir di Bungur, Jakarta Pusat pada tahun 1952 adalah seorang pengusaha yang gigih berusaha tanpa mengenal penat dan lelah, memulakan kariernya dari bawah iaitu sebagai Junior Manager di PT Multi Astra pada tahun 1982. Johnny berjaya memimpin PT TAM, anak perusaahan Grup Astra International ke tahap yang terbaik sepanjang sejarahnya. Selepas kematian ayahnya , membuatkan Johnny hendak mandiri dengan menjalani kuliahnya di Falkutas Ekonomi Akuntansi Universitas Trisakti sambil mennjadi asisten pensyarah(dosen).Secara singkat, dia bertukar haluan dari berkerja di Price Waterhouse Cooper(PWC) iaitu yang diceburinya selama 6 tahun ke bidang perdagangan.Johnny Darmawan percaya kesuksesan dia adalah kerana Tuhan (80%) dan hasih usaha sendiri(20%). Dia memilih memasuki Astra dan itulah permulaan kesuksesan dia bertampak. Selepas hanya 1 tahun berkerja di PT Multi Astra, dia dipercayakan untuk menduduki posisi accounting manager. Selepas lebih kurang 2 tahun, dia di naikkan pangkat lagi sebagai kepala divisi keuangan di perusahaan tersebut. Pada tahun 1990, penggabungan 4 anak perusahaan termasuk Multi Astra menjadi PT Toyota Astra Motor(TAM). Pasca merger itu membolehkan Johnny menjadi finance & SCO division manager itu. Pada tahun 1998 terjadi krisis ekonomi yang parah di mana Johnny harus mengambil keputusan yang berat, di sinilah dia harus menjalankan proses rasionalisasi dari 7,200 menjadi 3,600 iaitu 50%. Dalam waktu yang singkat, iaitu pada tahun 2000, perusahaan kembali pulih. Pada tahun 2000, dia diperyakan dengan posisi CEO Auto 2000. Hasil dari perubahaannya di Auto 2000 menjadikan perusaahn itu meningkat dari Rp80 miliar di tahun 2000 menjadi Rp 400 miliar setahun kemudian! Strateginya ialah menjadikan cost center menjadi profit center. Dulunya bengkel memang di sasarkan menjadi cost center iaitu hanya dengan 2 % tetapi Jonny mengubah budaya tersebut sehingga peningkatan 20% lebih tinggi! Johnny mempunyai peribadi yang rendah hati dan kinerja yang luar biasa. Sebagai rumusan, Johnny berjaya melakukan kejutan demi kejutan melalui optimalisasi pendapatan ( menciptakan bisnis baru seperti spare parts, accessories dll), meningkatkan pendapatan ( meningkatkan volume sales) dan menekan biaya. Pendapatan yang hanya Rp 400 miliar pada tahun 2005 meningkat menjadi Rp2,7 trillion pada tahun 2013! Terus mempelajari, berkerja keras dan berdoa terus kepada Tuhan adalah teras kejayaannya. Selain itu, Johnny mengungkapkan, Toyota selalu mampu mengaplikasikan konsep pengembangan produk, teknologi dan service terbaik yang bertaraf dunia namun tetap mempertahankan nilai-nilai dan karakteristik pasar Indonesia. Banyak penghargaan di berikan kepada Johnny, di antaranya “Best CEO di tengah krisis”, “Marketing Champion 2009”, “Antara Achievement Award 2013” dll. Kunci kesuksesan Johnny ialah dengan menjalinkan perhubungan yang baik dengan pihak Jepang dan saling menghormati serta membuktikan TAM boleh berkinerja dengan baik. Johnny berpegang pada 4 teras kejayaan iaitu: 1. Manusia adalah tidak sempurna. 2. Manusia memerlukan team yang bersatu 3. Bekerja sebaik-sebaiknya 4. Doakan ketiga-tiga di atas. Sememangnya kejayaan beliau di paksikan kepada Tuhan yang Esa yang memberikan pertunjuk, kekuatan dan semangat berjuang yang luar biasa. Dia terus mengariskan sebagai CEO yang baik harus membangun system yang baik. Pada tahun 2 April 2014, Jonny Darmawan pension sebagai Presdir PT Toyota Astra Motor(TAM).
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u