Sukses dari sudut pandang Tuhan -13 Bersambung dari artikel yang lepas , kita dapati bahawa bukan maksud Tuhan Yesus untuk kita jatuh sakit atau berada dalam keadaan kewangan yang serba kekurangan. Kerana kalau memang itu kehendak Tuhan, mengapa mereka mahu keluar dari kondisi kesakitan dengan berjumpa doctor dan mencari jalan keluar dari kemelut kemiskinan? Di Yohanes 10:10, “Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.” Mencuri apa? Mencuri sukacita kita. Membunuh apa? Membunuh reputasi kita. Membinasakan apa? Membinasakan pergaulan kita. Tetapi Tuhan Yesus datang untuk memberikan kehidupan yang abadi dan memberikan kita segala kelimpahan. Kelimpahan dalam Bahasa Inggeris ialah abundance, dalam Bahasa Yunani, adalah perissos yang bermaksud dalam kuantitas yang berlebihan. Itu adalah termasuk kesihatan, wang , kerohanian dan pendeknya dari segala penjuru. Firman ayat seterusnya membuktikan itu: 3 Yohanes 2, “ Saudaraku yang kekasih ,aku berdoa,semoga engkau baik-baik dan sehat-sehat saja dalam segala sesuatu, sama seperti jiwamu baik-baik saja.” Di dalam PL, iaitu di Ulangan 28: 8, “ Tuhan akan memerintahkan berkat keatasmu di dalam lumbungmu dan di dalam segala usahamu; Ia akan memberkati engkau di negeri yang diberikan kepadamu oleh Tuhanmu.” Di Ulangan 28:12, “ Tuhan akan membuka bagimu perbendaharaan-Nya yang melimpah, yakni langit, untuk memberi hujan bagi tanahmu pada masanya dan memberkati segala perkerjaanmu, sehingga engkau memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi engkau sendiri tidak meminta pinjaman.” Tetapi ada syaratnya! Syaratnya ialah kita taat akan Firman-Nya. Di Ulangan 28:1, “ Jika engkau baik-baik mendengarkan suara Tuhan, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhanmu, akan mengangkat engkau di atas segala bangsa di bumi.” Selanjutnya, kita harus takut akan Tuhan: Amsal 22:4, “Ganjaran kerendahan hati dan takut akan Tuhan adalah kekayaan, kehormatan dan kehidupan.” Walau bagaimana pun kalau kita cinta wang, beda lagi ceritanya. Di 1 Timotius 6:10, “ Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.” Di 1 Timotius 6:17-19, “ Peringatkanlah kepada orang-orang kaya di dunia ini agar mereka jangan tinggi hati dan jangan berharap paa sesuatu yang tak tentu seperti kekayaan, melainkan pada Tuhan yang dalam kekayaan-Nya memberikan kepada kita segala sesuatu untuk di nikmati.” Kita tidak boleh memperhalakan apa sahaja termasuk wang melebihi dari Tuhan. Itu yang menjadi pengukur dan memperlihatkan keadaan kondisi lahiriah dan bataniah kita. Harus di ingat Tuhan itu tidak boleh di permainkan. Di Galatia 6:7-8, “ Jangan sesat! Tuhan tidak membiarkan diri-Nya di permainkan. Karena apa yang di tabor orang, itu juga yang akan di tuainya. Sebab barangsiapa menabur dalam dagingnya, ia akan menuai kebinasaan dari dagingnya, tetapi barangsiapa menabur dalam Roh, ia akan menuai hidup yang kekal dari Roh itu.” Sebagai tirai penutup untuk artikel ini, saya ingin memberikan satu lagi ayat yang positif tentang wang iaitu di Pengkhutbah 5:19, “ Setiap orang yang di rahmati Tuhan kekayaan, harta benda dan kuasa untuk menikmatinya, untuk menerima bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih payahnya-itu juga kurnia Tuhan.”( Alkitab Borneo).
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorJoshua Tan, Archives
June 2020
Categories |
joshuatan2u