Persahabatan dengan Yesus
Bila kita mempunyai hubungan yang akrab dengan Yesus, kita akan mempunyai kehidupan yang merdeka, bebas dan berkemenangan. Merdeka dari apa? Merdeka daripada sifat buruk kita. Bebas daripada apa? Bebas daripada belenggu iblis. Berkemenangan atas apa? Kita berkemenangan atas kewangan kita, pergaulan sesama kita, dan lain-lain. Hubungan yang akrab ini akan membawa kita masuk ke tingkat yang lebih tinggi. Bila kita mengambil keputusan, semua keputusan kita adalah keputusan Dia. Ini menunjukan kita semakin serupa dengan Dia. Di Yohanes 17:22, “Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu”. Cuba kita merenung kepada doa terakhir kita, adakah ia berpusatkan hasrat kita atau hasrat Tuhan Yesus? Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang masih berfokuskan diri. Jika jawapannya ialah “ya”, maka tahap atau tingkat yang Tuhan Yesus hasratkan untuk kita masih belum tercapai. Ini menunjukan pergaulan kita dengan dia belum mencapai sasarannya. Iman, yang menjadi satu faktor yang utama dalam mengukur kasih kita kepada Peribadi Yesus itu sendiri, harus di lihat daripada segala tingkah laku kita. Di 1 Korintus 13:13, “Demikianlah tinggal ketiga hal ini, yaitu iman, pengharapan dan kasih, dan yang paling besar di antaranya ialah kasih”. Kesemua ciri-ciri tersebut, iaitu iman, pengharapan dan kasih harus menjadi matlamat kita. Supaya Tuhan Yesus boleh berkata, “Aku tidak menyebut kamu lagi hamba, sebab hamba tidak tahu, apa yang diperbuat oleh tuannya, tetapi Aku menyebut kamu sahabat, karena Aku telah memberitahukan kepada kamu segala sesuatu yang telah Kudengar dari Bapa-Ku”, Yohanes 15:15. Apakah kelayakan untuk menjadi sahabatnya? Ada tertera di ayat sebelumnya iaitu , Yohanes 15:14, “ Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu”. Adalah menjadi tunjang untuk mengenali Sang Pencipta dengan lebih dekat lagi bila kita berjaya mengasihi mereka yang bukan kaum kita, ataupun bukan dari kalangan kita malah untuk ke tingkat yang lebih tinggi iaitu mengasihi musuh kita. Itulah yang membedakan kita dengan agama -agama yang lain. Bukan retorik kosong, tetapi memang menjadi berkat kepada mereka yang di pandang hina oleh masyarakat seperti gelandangan dan sebagainya. Marilah kita menundaskan amanat agung dengan melakukan bahagian kita. Yang selebihnya , Tuhan Yesus akan melakukan bahagian-Nya. Semangat yang jitu dan api pengijilan harus terus dinyalakan dan menjadi pemangkin untuk terus menyemarakan yang lain supaya terjun melakukan yang terbaik untuk Dia. Sebagai rumusannya, sudah tiba masanya kita tidak menghadiri seminar doa, tetapi berdoa, sudah cukup untuk mengadiri seminar penginjilan tetapi terus melakukannya sahaja kerana masa sudah tidak mengizinkan lagi. Sesuai dengan rancangan-Nya kepada kita, kita diberkati untuk memberkati, kita di selamatkan untuk menyelamatkan yang lain daripada bahang neraka yang membara-bara. Ayuh, tundaskan Amanat Agung yang telah di amanatkan kepada kita walaupun dengan segala kebatasan dan halangan serta rintangan yang mungkin menghambat kita. Sisa-sisa waktu sebelum kedatangan-Nya harus di pergunakan dengan sebaik yang mungkin. Wahyu 22:20, “Ia yang memberi kesaksian tentang semuanya ini, berfirman: "Ya, Aku datang segera! "Amin, datanglah, Tuhan Yesus”. Dengan kalimat ayat Tuhan Yesus ini yang terakhir ini, di harap dapat membakar semangat dan memberikan nafas baru untuk melakukan Amanat Agung …. Maranatha! From The Desk Of Joshua Tan
0 Comments
|
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u