Dari Halaman Firman Tuhan -21 Pengikut Paulus atau pengikut Yesus? Sekali pandang, agak ganjil pertanyaan ini. Tetapi jika kita mendalaminya ,memang terdapat perbedaan. Marilah kita merenung apa yang Yesus berkata: Yesus berkata kepada mereka:”Mari, ikutlah Aku, dan kamu akan Kujadikan penjala manusia.”( Matius 4:19) . Di sini , boleh dirumuskan bahawa bila kita mengikut Yesus, kita akan menjadi penjala manusia, iaitu membawa mereka masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Ada perbedaan terjadi apabila ada yang mengikut Musa. Sambil mengejek mereka berkata kepadanya:” Engkau murid orang itu tetapi kami murid-murid Musa.( Yohanes 9:28). Memang Paulus ada mengatakan bahawa itu adalah injilnya. Ini lebih jelas bila kita membaca versi Bahasa Inggeris. Rom 2:16 in the day when God will judge the secrets of men by Jesus Christ, according to my gospel. Satu pengamatan saya ialah kerana Paulus hanyalah manusia walaupun dia Rasul… Tetapi Yesus itu Tuhan! Bukan bererti Paulus salah tetapi apa yang dia sharing adalah tertakluk kepada cara pemikiran dan pembentukkan peribadinya… Kelihatan sisa-sisa penganutan agama Yahudi nya… Kita harus mengakui kita masih terpengaruh dengan sesuatu yang kita pelajari dan pengalaman kita.Mugkin kita memberikan apa itu definasi “mengikut aku”?Mengikut teladan… kata Paulus.. Jadi teladan Paulus yang kita akan ikut walaupun dia mengikut Yesus.Lebih lanjut, oleh kerana itu kalau pengikut Paulus adalah the 5 fold ministry tetapi bagi mereka yang mengikut Yesus, hanyalah murid dan Guru… Hanya selepas “kelahiran gereja” baru timbulnya jabatan tha 5 fold- ministry. Tetapi kalau kita lihat gereja itu seperti yang di ketahui adalah eklesia dan kita adalah eklesia! Justeru itu yang penting fokus kepada melayani Tuhan bukan melayani gereja… Ada perbedaan ketara. Marilah kepada-Ku , semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.(Matius 11:28)Marilah kepada siapa? Gereja atau Yesus? Saya bukan memangil orang jangan ke gereja tetapi jadilah gereja! Gereja itu adalah organime bukan organisasi. Seperti yang saya kata, 1 dimensi dalam kehidupan akan kelihatan 1 garisan lurus, 2 dimensi akan kelihatan figure dan 3 dimensi akan kelihatan objek. Sebelum ini, kita hanya memahami dunia berdasarkan 4 dimensi, iaitu masa, lebar, panjang dan tiggi. Tetapi 20 tahun yang lalu, di temui para ilmuwan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 11 dimensi! Secara ringkas, kita akan mendapat lebih banyak “rahsia” yang terungkap di dalam Firman-Nya bila antenna kita lebih sensitif dalam alam roh. Banyak kali berkata tulisannya adalah dari dia sendiri, bukan Tuhan. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat ini: 1 Korintus 7:12, “ Kepada orang-orang lain aku, bukan Tuhan, katakana:kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia.” Sebab itu aku menasihatkan kamu:turutilah teladanku1( 1 Korintus 4:16) dan di 1 Korintus 11:1, “ Jadilah pengikutku, sama seperti aku juga menjadi pengikut Kristus.” Persoalanya mengapa Paulus tidak langsung menyuruh orang menjadi pengikut Kristus? Apakah perbedaan tulisan oleh Paulus yang “ bercanggah “ dengan yang lain? Apakah inspirasi oleh Paulus itu 100% dari Tuhan atau baigamana? Mungkin ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan tetapi harus di ingati, Tuhan tidak pernah salah, hanya cara penafsiran kita yang mungkin tidak kena pada tempatnya. Pendapat anda?...
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u