Dari Halaman Firman-17 Sebagai seorang pengikut Yesus, kita saharusnya dapat meilhat dan berpikir dengan jelas terutamanya dengan hal-hal rohani. Kita harus dapat mengerti, dan mengetahui kehendak Tuhan tanpa ada selaput mata yang menghalang maksud Tuhan dalam hidup kita. Kerana kalau hal-hal Tuhan dapat dimengertikan jika kita berkawan karib dengan-Nya. Syaratnya ialah kita harus patuh dan tunduk pada kehendak Tuhan walaupun kita kadang-kadang merasa kebingungan rohani dan terpesong daripada memusatkan kita kepada diri Yesus Kristus. Kalimat Tuhan menjadi mudah dan jelas pada kita apabla kita menerimanya seperti anak kecil. Di Matius 11:25, “ Pada waktu itu berkatalah Yesus: “Aku bersyukur kepada-Mu, Bapa, Tuhan langit dan bumi, karena semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.” Bahkan hal terkecil dalam hidup kita , jika kita tidak mempernahkan Roh Kudus bertindak , akan menyebabkan kebingungan rohani dan kita boleh mengabiskan masa untuk mengetahuinya tanpa kejayaan. Begitu kita mematuhi-Nya, segera segala selaput yang menghalang pengilhatan rohani kita kembali pulih. Sebagai contoh, kadang-kadang kita tidak mengerti pangilan khusus Tuhan untuk kita. Harus di ingat, panggilan khusus ini bukan hanya di berikan kepada kita; biasanya kita akan tahu itu daripada pengamatan kejadian dan keadaan yang sedang membawa kita ke arah tersebut. Dengan berpandukan kedamaian dalam Yesus, penguraiannya akan terpapar dengan jelas dengan setiap langkah yang di ambil kita dengan syarat masa rohani kita tidak terpesong daripada perjalanan rohani kehidupan ini dalam pimpinan Yesus. Lambat laun, Dia akan memakai seseorang untuk memproses dan membentuk kita. Sebarang perkara yang terjadi hasil daripada itu bukan sahaja menjadikannya sebagai pengajaran yang berharga, malah ia bisa membentuk peribadi kita yang berlandaskan pemusatan kita kepada Yesus Kristus. Ada masanya bila kita masih tidak mampu mengetahui rancangan-Nya dalam diri kita, kita harus berusaha terus untuk mendapatkan arah tujuan yang mahu di beritahu Tuhan kepada kita. Ada kalanya pula kita masih jauh daripada penglihatan yang terbentuk dalam sanubari kita. Kita tahu kita sedang menuju kearah yang dituju tetapi agak lambat dan penuh dengan jalan yang berliku-liku dan merbahaya. Namun, jangan rasa terpencil kerana setiap perjalanan yang kita tempuhi itu akan di lengkapi dengan persediaan yang mencukupi dan bersesuai dengan kemampuan kita itu. Sebenarnya, matlamat hidup itu adalah bermusim, dan oleh kerana itu, mungkin pada ketika ini, musim tertentu yang sedang mengambil tempat dalam perjalanan kita yang masih jauh dari tempat tujuannya. Harus di ingati bahawa bukan sahaja destinasinya penting, malah perjalanan tersebut juga sama pentingnya. Itu bererti kita harus terus berjalan dalam terang itu, dengan kepastian bahawa sedang di pimpin, diproses dan di tunjuk-ajar oleh Roh Kudus itu sendiri yang memimpin kita dalam segala bebenaran. Roh kebenaran itu akan memusnahkan segala sifat-sifat buruk dan tabiat kita jika kita membiarkan-Nya bertindak seturut kehendak-Nya untuk membentuk satu peribadi yang berjiwakan kepimpinan sorgawi. Prosesnya mungkin memakan masa dan mengunakan banyak tenaga dan uang tetapi saya percaya, ia adalah berbaloi memandangkan hasil daripada pembentukan peribadi yang jitu itu berdaya saing dan dapat menangkis segala lontaran lembing pemusnah dari iblis. Hidup kita akan terus berkemenangan jika kita bergantung sepenuhnya kepada Roh Kudus walaupun ini memerlukan proses yang tidak ada jalan pintas; pada hemat saya. Setiap orang harus memikul salibnya setiap hari untuk mencapai tujuan tersebut…
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorJoshua Tan Archives
October 2021
Categories |
joshuatan2u